Skip to main content

Declutter

 Assalamualaikum kepada semua orang yang sedang membaca blog ini. Walaupun saya tidak pasti kenapa anda memilih untuk membuka blog saya ketika ini, saya mengucapkan terima kasih kerana masih berminat untuk mengetahui perihal kehidupan saya yang serba normal dan kadang-kadang abnormal ini.


Sedar tak sedar, saya dah pun berada hampir di penghujung terowong yang bernama sem 6. Berbaki lagi setahun sebelum saya akhirnya menamatkan pengajian dan bakal melangkah ke alam pekerjaan. Tidak dapat saya gambarkan betapa tak sabarnya saya untuk melalui fasa itu, namun saya tahu alam itu sebenarnya seram dan menakutkan kerana saya perlu memikul tanggungjawab yang baru. Tapi walau bagaimanapun, tak wajarlah jika saya asyik berfikir tentang masa depan yang belum tentu saya bakal melaluinya. Lebih elok andainya jika saya tumpukan pada waktu sekarang. Bukankah begitu?


Sem 6 saya agak menarik sebenarnya untuk diceritakan. Bermula dengan kisah saya yang tidak lagi menetap di rumah sewa, kemudian kenangan saya bersama rakan-rakan ketika bulan Ramadan, kemudian tiba-tiba sibuk dengan fyp dan tugas-tugas kuliah yang lain. Ada yang pahit, manis, tawar dan masin kadang-kadang. Tapi yang paling saya takkan lupa ialah apabila saya diberi kesempatan untuk berkumpul dengan kawan-kawan serumah ketika di Penang dahulu. Hari itu terasa sangat indah dan gembira untuk saya. Kami berkongsi cerita, makan bersama, menyanyi bersama dan macam-macam lagi. Bertuah saya dapat mengenali manusia-manusia hebat seperti mereka. Esoknya pula, saya keluar lagi dengan bestie-bestie saya aka Anymole Planet. Seronok kami berkunjung ke Balai Seni Negara yang penuh dengan karya seni, walaupun hakikatnya kami agak buta dalam seni (kecuali Alya kerana beliau jaguh dalam melukis). Hujung minggu itu memang saya luangkan dengan maksimum sekali haha.


Salah satu lagi benda yang tidak saya sangka berlaku kepada saya ialah saya tiba-tiba kembali meminati kpop iaitu Seventeen. Nak kata pengaruh rakan sebaya, tak juga, walaupun keliling saya dipenuhi dengan Carats. Penyumbang utama yang mempengaruhi saya ialah tiktok, yang secara tiba-tiba dan amat random fyp saya dipenuhi video-video Seventeen yang amat kelakar. Sejujurnya saya rasa aneh meminati kumpulan ini kerana umur saya dan ahli kumpulan mereka tidak jauh beza, ada yang sebaya dan lebih muda dari saya haha. Kenapa saya rasa aneh? Sebab dahulu kala ketika saya meminati Suju, sah-sahlah mereka oppa. BTS pun masih oppa. Tetiba Seventeen dah tak boleh nak oppa sangat. So saya anggap macam member je la. Tiber. Btw tujuan saya bukanlah untuk mempromosikan Seventeen okay, cuma kalau anda rasa macam nak ketawa dan tak tahu nak tengok apa, jemputlah tengok Going Seventeen di Youtube. Sekian.


Saya rasa cukuplah setakat itu saya nukilkan tulisan ini untuk malam ini. Hingga jumpa di tulisan seterusnya (yang tak tahu bila). 

Comments

Popular posts from this blog

di balik tirai ( part 2 )

Nak cerita pasal kedudukan katil ibu aku,katil ibu aku ni duduk di antara dua katil. Means,ada tiga katil yang rapat ke dinding,dan katil ibu aku yang tengah-tengah. Ok. Depan deretan katil ibu aku pulak,ada lagi dua katil. Satu katil rapat ke dinding dekat dengan pintu bilik,satu lagi rapat ke tingkap. Patient yang duduk katil sebelah kiri ibu aku dah discaj,so maknanya katil tu aje yang kosong. Katil lain semua penuh. --Dalam bilik tu,semua patient ada penjaga kecuali mak cik yang duduk dekat tingkap. Hasil risikan aku,kalau tak salah,mak cik tu belum berkahwin. Pagi tadi waktu mak cik tu menunggu turn untuk pemeriksaan doktor,aku ada terdengar dia cakap rumah dia dekat Kuala Berang dan dia cakap kalau dia boleh discaj harini, dia nak balik naik bas. And I was like,mak cik ni biar betul,mak cik (?) Dengan keadaan mata dia yang kabur dan kurang jelas,macam mana la dia nak balik agaknya. Nasib baik lah keesokan harinya bila dia dah boleh discaj,ada ahli keluarga dia yang datang jempu...

Acne Here Acne There

Sem 2 dah nak start minggu depan. Aku tak ready lagi. Aku sedih nak tinggal mak aku sebab nanti dia sunyi. Sem 2 nanti dah start compounding gais so aku harap sangat jasa baik sesiapa yang baca post ni,tolonglah doakan aku agar aku mampu melakukannya dengan baik sebab aku kalau bab2 praktikal ni memang aku tak berapa suka. Minggu akhir cuti ni aku tak dapat nak harungi dengan hati yang riang sebab aku baru dapat pengesahan bahawa memang tak dapat disangkal lagi crush aku since 2014 dengan rasminya dah bertunang 2/3 hari lepas. Thanks to his younger bro for the confirmation. Agak patah hati jugak. Hm. Tapi hm. Lantaklah. Pagi tadi aku teman mak aku pergi appoinment kat hospital dan seperti biasa hospital adalah tempat yang paling aku tak suka buat masa sekarang. Why aku tak suka hospital ? Simple. Sebab kat hospital ada doktor. So bila aku tengok doktor-doktor ni, aku teringat dekat cita-cita aku. Aku dah redha dah dengan takdir aku tapi aku tetap manusia biasa yang lemah,yang ada hat...

Slap and Sleep

Harini rasa macam dapat satu pengajaran penting. Pengajaran yang berhasil membuka mata aku dan melihat dengan jelasnya. Kadang tu rasa macam lepas kena tampar pun ada. Tapi okaylah sebab 'rasa' je bukan betul-betul kena tampar. Kalau tak berbekas la tamparan tu dekat pipi I yang dipenuhi baby fat ni haha Presentation FYP sepatutnya berjalan minggu ni, tapi SV aku nampak gayanya macam sibuk, maka tarikh yang muktamad belum diputuskan lagi. Tapi aku sedar, minggu ni bukan minggu main-main. Kena mentally and physically prepare. Ni tugasan terakhir untuk diploma kot, kena la buat betul-betul. Pihak lagi satu tu, aku dah maklumkan dah jadi sekarang terserahlah pada dia. Penat tau kalau kita nak expect apa-apa, jadi kalau tak nak penat, jangan expect. Wow mudah bukan? Malam yang produktif ya malam ini. Lepas rasa macam kena tampar tadi, terus sambung ngadap buku sambil pasang lagu best best. Alhamdulillah, semoga anugerah masa yang Allah bagi ni kita manfaatkan dengan sebaiknya. ...