Skip to main content

Separuh Masa Pertama

Hari ini ialah hari keputusan peperiksaan diumumkan. Alhamdulillah, secara keseluruhannya, keputusan aku bertambah baik berbanding sem lepas. Walaupun aku sedikit terkilan dengan beberapa subjek yang aku target aku boleh dapat A solid tapi tak dapat, namun apalah daya kan. Aku kena juga pujuk diri ni supaya redha, aku dah usaha habis baik, aku dah bagi segalanya, maka kalau itulah rezeki yang telah Tuhan tentukan untuk aku, aku kena terima. Agak perit, tapi aku cuba.


Dalam menahan keperitan tadi tu, tetiba datang lagi ujian. Tengah-tengah borak tetiba kena sindir. Halus sindirannya tapi cukup mendalam. Aku dan egoku, langsung terdiam. Kelu. Tak ada kata yang boleh keluar dari mulut ini. Tak perlulah aku cerita secara terperinci tentang apa yang berlaku, namun apa yang boleh aku kongsikan, memang aku layak dan selayaknya menerima sindiran itu. Kerana memang apa yang dikatakan itu adalah sebuah hakikat dan nyata. 


Kadang-kadang aku berasa pelik dengan kehidupan. Tak tahulah apa yang aku ingin sampaikan. Otak aku terlalu serabut. Cuma aku tertanya, sampai bila aku nak hidup begini? Kenapa kehidupan degree aku sangat kontra dengan diploma? Dari segi akademiknya, pergaulannya. Semua macam serba tak kena. Macam pergi ke arah yang salah. Aku nak kena buat apa? Aku tak sanggup nak hadap sem depan. Kadang aku rasa macam aku dah hilang minat dengan apa yang aku buat ni. Aku nak berhenti. Berhenti semua. Sebab niat aku yang dulu tu dah tak ada. Tak tahu kenapa. Belajar bukan main tapi pandainya tak juga. Dari segi kehidupan sosial, sem 4 aku paling teruk. Minggu-minggu awal hari itu masih tenang aku jalani sendiri walaupun aku tahu ada yang menghakimi kerana aku banyak bersendiri. Bila dah nak masuk pertengahan sem, aku dipertemukan dengan satu kawanan baru. Mereka baik, tapi aku kurang berkenan dengan 'sesuatu' yang menyatukan kami which is kpop. I mean, sis, aku dah terlalu tua untuk fangirl. Aku dah bazirkan hidup aku bertahun untuk fangirling dulu, dan aku dah tak nak ulang benda sama pada usia 24 tahun. Aku nak kawan yang boleh ajak aku kembali pada Dia. Bukan yang bawa aku jauh dari Dia. Tapi aku tak jumpa cara untuk lari dari semua tekanan ini. 


Sekian, itulah yang terbuku dalam jiwa aku setakat ini. 

Comments

Popular posts from this blog

di balik tirai ( part 2 )

Nak cerita pasal kedudukan katil ibu aku,katil ibu aku ni duduk di antara dua katil. Means,ada tiga katil yang rapat ke dinding,dan katil ibu aku yang tengah-tengah. Ok. Depan deretan katil ibu aku pulak,ada lagi dua katil. Satu katil rapat ke dinding dekat dengan pintu bilik,satu lagi rapat ke tingkap. Patient yang duduk katil sebelah kiri ibu aku dah discaj,so maknanya katil tu aje yang kosong. Katil lain semua penuh. --Dalam bilik tu,semua patient ada penjaga kecuali mak cik yang duduk dekat tingkap. Hasil risikan aku,kalau tak salah,mak cik tu belum berkahwin. Pagi tadi waktu mak cik tu menunggu turn untuk pemeriksaan doktor,aku ada terdengar dia cakap rumah dia dekat Kuala Berang dan dia cakap kalau dia boleh discaj harini, dia nak balik naik bas. And I was like,mak cik ni biar betul,mak cik (?) Dengan keadaan mata dia yang kabur dan kurang jelas,macam mana la dia nak balik agaknya. Nasib baik lah keesokan harinya bila dia dah boleh discaj,ada ahli keluarga dia yang datang jempu...

Acne Here Acne There

Sem 2 dah nak start minggu depan. Aku tak ready lagi. Aku sedih nak tinggal mak aku sebab nanti dia sunyi. Sem 2 nanti dah start compounding gais so aku harap sangat jasa baik sesiapa yang baca post ni,tolonglah doakan aku agar aku mampu melakukannya dengan baik sebab aku kalau bab2 praktikal ni memang aku tak berapa suka. Minggu akhir cuti ni aku tak dapat nak harungi dengan hati yang riang sebab aku baru dapat pengesahan bahawa memang tak dapat disangkal lagi crush aku since 2014 dengan rasminya dah bertunang 2/3 hari lepas. Thanks to his younger bro for the confirmation. Agak patah hati jugak. Hm. Tapi hm. Lantaklah. Pagi tadi aku teman mak aku pergi appoinment kat hospital dan seperti biasa hospital adalah tempat yang paling aku tak suka buat masa sekarang. Why aku tak suka hospital ? Simple. Sebab kat hospital ada doktor. So bila aku tengok doktor-doktor ni, aku teringat dekat cita-cita aku. Aku dah redha dah dengan takdir aku tapi aku tetap manusia biasa yang lemah,yang ada hat...

Slap and Sleep

Harini rasa macam dapat satu pengajaran penting. Pengajaran yang berhasil membuka mata aku dan melihat dengan jelasnya. Kadang tu rasa macam lepas kena tampar pun ada. Tapi okaylah sebab 'rasa' je bukan betul-betul kena tampar. Kalau tak berbekas la tamparan tu dekat pipi I yang dipenuhi baby fat ni haha Presentation FYP sepatutnya berjalan minggu ni, tapi SV aku nampak gayanya macam sibuk, maka tarikh yang muktamad belum diputuskan lagi. Tapi aku sedar, minggu ni bukan minggu main-main. Kena mentally and physically prepare. Ni tugasan terakhir untuk diploma kot, kena la buat betul-betul. Pihak lagi satu tu, aku dah maklumkan dah jadi sekarang terserahlah pada dia. Penat tau kalau kita nak expect apa-apa, jadi kalau tak nak penat, jangan expect. Wow mudah bukan? Malam yang produktif ya malam ini. Lepas rasa macam kena tampar tadi, terus sambung ngadap buku sambil pasang lagu best best. Alhamdulillah, semoga anugerah masa yang Allah bagi ni kita manfaatkan dengan sebaiknya. ...