Skip to main content

Welcome, 2022

 Hai, assalamualaikum, hello. Long time no see kan dekat blog ni? Haha tetiba rasa awkward. Seperti biasa, marilah aku recap tentang hidup aku sejak dua menjak ni. Aku sebenarnya baru je habis cuti dua minggu (satu minggu cuti bencana banjir, lagi seminggu cuti krismas, dua minggu tu bunyi macam lama tapi hakikatnya kelip mata je eh tetiba cuti dah habis hurmmmmmm). Walaupun dua minggu tu rasa macam sekejap, tapi alhamdulillah, boleh kata cuti tu sangatlah well spent. Dapat buat banyak benda dengan family sepanjang dua minggu tu.

-Made roti jala and kari ayam

-Lepak dekat rumah kaklong sambil buat assignment :')

-Got to eat prosperity burger setelah mengidam sekian lamanya

-Went to abang Nabila punya wedding or dalam erti kata lain, got to eat nasi minyak ehehe

-Esoknya tu jiran lain jemput makan nasi minyak lagi sebab anak sedara dia bertunang; masyaallah dua hari berturut-turut makan nasi minyak, heaven bethulll

-Got to play badminton with nephew and neighbor (sempat main dua hari or tiga hari camtu je, pastu hari berikutnya tu hujan je memanjang sobs)

-Went to Pasar Payang; literally strolling and shopping sikit-sikit

-Finally dapat merasa starbucks in which watashi is not impressed at all (sedap tu memang la sedap tapi mahalnya tu hurm)

-Many more tapi perlu ke taip semua hahah


Tup tap tup tap, lahh tetiba dah ada kat palam balik. Redho aje lah ye dak. Jadi, dah masuk tahun baru ni, marilah kita bercakap tentang benda yang paling cliche iaitu azam. Azam. Tahun. Baru. 


Kadang aku fikir balik, penting ke ada azam dalam hidup? Perlu ke ada goals? Matlamat? Hala tuju? Tak boleh ke just go with the flow? Aku tahu mungkin jawapannya ya, hidup kena ada azam dan matlamat sebab itulah yang akan menjadikan hidup lebih bermakna. Tapi pengalaman hidup aku kebelakangan ni membuatkan aku rasa serik nak bercita-cita dan berazam. Kalau aku ada goals pun, mungkin hanya short-term. Untuk benda yang "besar" dan long-term, aku just fikir ala kadar je. It feels like "aku plan itu ini pun, belum tentu dapat, belum tentu tu terbaik untuk aku". So, aku akhirnya jadi macam perahu kertas yang bergerak tak berdaya, bergantung sepenuhnya mengikut deruan arus laut dan angin (lahhh tibe puitis hahaha). Tapi seriously, begitulah aku. Tapi tu untuk big things je la, untuk small things, maybe adalah kot azamnya hahaha

1) Azam pertama ialah nak jaga gigi leklok. Takmau dah pergi dental clinic untuk apa2 rawatan selain scaling and annual check-ups.

2) Azam kedua ialah nak konsisten amalkan healthy lifestyle. Haritu sempat merasa sekejap je berat 53kg pastu dah naik balik sekilo pastu statik sebab pemakanan kelaut hahaha. Mungkin nak kena fall in love lagi sekali kot, so that boleh hilang selera makan and then lose weight jkjk

3) Nak habiskan buku-buku yang dah beli (tetiba kesian pulak bila teringat dekat buku-buku kat rumah, mesti diorang wonder kan bila la tuan diorang ni nak unwrap and baca diorang)

 

Ni je lah kot azamnya for now. Btw, bersempena tahun baru ni, aku nak minta maaf dekat semua yang sedang membaca ni sebab aku tahu aku mesti pernah buat silap dengan korang kan. Jadi, dengan setulus hatinya, aku memohon maaf atas salah silap dan semoga tahun-tahun mendatang menjadikan kita manusia yang lebih baik dari segi zahir dan batin. Kullu a'min wa-antum bikhair, happy new year everyone :)


Comments

  1. ok jap, oooo semangat diet haritu sebab fall in love lah erk. HAHAHAHAH nice tips weh. Tapi susah betul nak suka orang lately ni hurmmm

    ReplyDelete
  2. Ecceli haritu takde niat pun nak diet, lose weight tu more like sebab hilang selera makan. Like sehari tu boleh makan sesuap je nasi, pastu tak lalu dah nak makan apa2. But now, masa pun dah banyak yang berlalu, dah move on dengan jayanya, maka selera pun melangit bagai tiada hari esok kahkah

    Bab susah nak suka orang tu, boleh jadi good or the other way. Tapi at least chances untuk terpaut pada orang salah tu lebih rendah ye dak hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

di balik tirai ( part 2 )

Nak cerita pasal kedudukan katil ibu aku,katil ibu aku ni duduk di antara dua katil. Means,ada tiga katil yang rapat ke dinding,dan katil ibu aku yang tengah-tengah. Ok. Depan deretan katil ibu aku pulak,ada lagi dua katil. Satu katil rapat ke dinding dekat dengan pintu bilik,satu lagi rapat ke tingkap. Patient yang duduk katil sebelah kiri ibu aku dah discaj,so maknanya katil tu aje yang kosong. Katil lain semua penuh. --Dalam bilik tu,semua patient ada penjaga kecuali mak cik yang duduk dekat tingkap. Hasil risikan aku,kalau tak salah,mak cik tu belum berkahwin. Pagi tadi waktu mak cik tu menunggu turn untuk pemeriksaan doktor,aku ada terdengar dia cakap rumah dia dekat Kuala Berang dan dia cakap kalau dia boleh discaj harini, dia nak balik naik bas. And I was like,mak cik ni biar betul,mak cik (?) Dengan keadaan mata dia yang kabur dan kurang jelas,macam mana la dia nak balik agaknya. Nasib baik lah keesokan harinya bila dia dah boleh discaj,ada ahli keluarga dia yang datang jempu...

Acne Here Acne There

Sem 2 dah nak start minggu depan. Aku tak ready lagi. Aku sedih nak tinggal mak aku sebab nanti dia sunyi. Sem 2 nanti dah start compounding gais so aku harap sangat jasa baik sesiapa yang baca post ni,tolonglah doakan aku agar aku mampu melakukannya dengan baik sebab aku kalau bab2 praktikal ni memang aku tak berapa suka. Minggu akhir cuti ni aku tak dapat nak harungi dengan hati yang riang sebab aku baru dapat pengesahan bahawa memang tak dapat disangkal lagi crush aku since 2014 dengan rasminya dah bertunang 2/3 hari lepas. Thanks to his younger bro for the confirmation. Agak patah hati jugak. Hm. Tapi hm. Lantaklah. Pagi tadi aku teman mak aku pergi appoinment kat hospital dan seperti biasa hospital adalah tempat yang paling aku tak suka buat masa sekarang. Why aku tak suka hospital ? Simple. Sebab kat hospital ada doktor. So bila aku tengok doktor-doktor ni, aku teringat dekat cita-cita aku. Aku dah redha dah dengan takdir aku tapi aku tetap manusia biasa yang lemah,yang ada hat...

Slap and Sleep

Harini rasa macam dapat satu pengajaran penting. Pengajaran yang berhasil membuka mata aku dan melihat dengan jelasnya. Kadang tu rasa macam lepas kena tampar pun ada. Tapi okaylah sebab 'rasa' je bukan betul-betul kena tampar. Kalau tak berbekas la tamparan tu dekat pipi I yang dipenuhi baby fat ni haha Presentation FYP sepatutnya berjalan minggu ni, tapi SV aku nampak gayanya macam sibuk, maka tarikh yang muktamad belum diputuskan lagi. Tapi aku sedar, minggu ni bukan minggu main-main. Kena mentally and physically prepare. Ni tugasan terakhir untuk diploma kot, kena la buat betul-betul. Pihak lagi satu tu, aku dah maklumkan dah jadi sekarang terserahlah pada dia. Penat tau kalau kita nak expect apa-apa, jadi kalau tak nak penat, jangan expect. Wow mudah bukan? Malam yang produktif ya malam ini. Lepas rasa macam kena tampar tadi, terus sambung ngadap buku sambil pasang lagu best best. Alhamdulillah, semoga anugerah masa yang Allah bagi ni kita manfaatkan dengan sebaiknya. ...