Jadi ceritanya last week (13/9), I went to see a dentist due to a very sharp pain in this one tooth on my left. After SPM, sumpah tak pernah jejak kaki dalam klinik gigi untuk check gigi sendiri. Tapi disebabkan malam tu gigi tu sakit gila sampai aku tak boleh tidur, so pagi esoknya tu terus ajak kaklong pergi klinik gigi. Cadangnya nak pergi klinik yang dekat rumah ni je, tapi appoinment penuh. Last2 kaklong call this one clinic, alhamdulillah ada kosong pukul 10.30. And masa tu dah nak dekat pukul 10. Dengan aku yang tak mandi, tak iron baju tudung apa semua, terus aku berlari naik atas and bersiap cepat2. Lepas dah siap, turun jamah breakfast sikit, pastu terus gerak pergi klinik.
Bila masuk tu, pergh amazed gila sebab interior klinik tu mewah gila. Nampak la aura klinik mahal. Lepas register semua, tunggu kejap pastu terus kena panggil. Masa ni tak nervous sangat sebab dalam kepala otak aku macam "lantak la korang nak buat apa, janji sakit ni hilang". Bila dah duduk tu baru dentist tu tanya ada masalah apa semua. That moment bila aku pandang dia, I was like "wow putih gila kulit doktor ni". Putih dia tu kan level macam orang korea tau, pastu kepala aku auto teringat Dr. John Yoo. Dah la pakai topi lebih kurang sama. So blablabla, doktor tu suggest aku buat xray untuk dia tengok keadaan lubang dalam gigi tu cemana. Hari yang sama tu jugak aku gi xray, and diorang bagitau nanti pape klinik akan inform balik.
Jadi, few days later, klinik tu whatsapp cakap aku kena buat RCT or rawatan akar. Aku macam blur2, so I was like "okay" and terus book appoinment untuk rct tu. Esoknya tu baru aku dapat hidayah nak tanya pasal kos rct tu, so aku pun whatsapp la klinik tu balik. Tup2 klinik tu reply, nanti Dr. tu akan call aku untuk explain. Dah debor dah kat situ hahaha. Terus tak tenang hidup menantikan panggilan itu. Tak silap aku, esoknya tu baru Dr. call. Dah la masa tu tengah makan pagi. Pastu dia pun cerita la, gigi aku ada lubang kat belah dalam pastu macam dah sampai area akar, so sebab tu kena buat rawatan akar. Tentang kos, haha. Disebabkan gigi aku gigi geraham kecil, and ada 2 akar, so katanya harga tu dalam rm800. Do you hear me people? Eight hundred ringgit! Mahalllllllllllllllllllllll nak oi. Aku tanya la jugak pendapat dia kalau nak buat dekat klinik gov, dia kata boleh je. Tapi kalau lambat2 kang, gigi aku ada kemungkinan tak dapat diselamatkan :') so, conclusion call haritu, appoinment tu kira proceed je (tapi esoknya tu aku and mak aku still call klinik gov, in case la ada kosong kan). Call klinik tu, penuh. Call klinik yang baru buka, katanya patient yang book dari Ogos 2020 pun tak dipanggil lagi. Call klinik lain, panggilan tak dapat disambungkan. Jadi dan maka, tiadalah pilihan selain di klinik biasa tu.
Sehari sebelum appoinment, aku tak senang duduk. Sakit perut, gelisah, takde selera makan, macam kucing hilang anak. Takut dengan prosedur tu satu, lagi satu seram sebab harga tu mahal sangat. I mean, gigi je pun (wahai dentist di seluruh dunia, i know the procedure is hard but i'm broke). Alhamdulillah pagi tu aku sampai 5 minit awal (in fact, aku sampai dulu daripada doktor kahkah). Doktor tu lambat maybe sebab dia patutnya kerja kat cawangan lain, tapi sebab prosedur aku kena buat dekat cawangan lagi satu, terpaksa la dia migrate seketika (ok abaikan). Tung tang tung tang, nama kena panggil.
Dan dan duduk atas kerusi tu, terus doktor tanya, "harini awak nak buat separuh ke nak buat full terus? Haritu awak ada cakap nak buat dekat kerajaan kan?"
"Buat full terus je la kot sebab klinik kerajaan macam penuh je".
Lepas dah duduk, dah pakai bip, buang spek sendiri dan pakai spek hitam klinik, prosedur pun dimulakan. Masa nak mula tu boleh pulak doktor tu tanya gigi aku yang sakit tu belah kanan ke kiri 😑 i mean, doktor, boleh je kot ambik masa kejap review case aku sebelum panggil aku masuk. Cara dia tanya tu buat aku seriau tau, mana tau kang dia tersalah buat kang haa tak ke naya. Tapi aku jawab je la belah kiri. Lepas tu baru dia suruh assistant dia display xray aku. Sebelum dia start buat tu, dia tengok2 dulu gigi aku blabla. Masa tu boleh dengar la nafas dia macam cungap2 sikit, agaknya dia rushing sangat kot. Ye lah, sampai2 klinik, tak sempat nak tarik nafas, terus siap2 untuk prosedur tu. Mana tak mengah kak oi. Lepas dah belek2 gigi, baru la dia mula. Proses itu dimulakan dengan cucuk bius. Hm biasa je, takde la sakit sangat pun. Cuma lepas tu rasa kebas pastu rasa macam separuh bibir belah kiri dah jadi bibir Angelina Jolie. Lepas dah bius, apalagi, doktor pun drill gigi aku. Bunyi drill yang seram tu dah satu hal, pastu bau hangit tu Ya Allah, menusuk. Masa awal2 tu, kaki aku macam gigil la jugak, dah la debor kan, pastu bilik tu dah la sejuk. Tapi bila dah bertenang sikit, baru aku perasan yang assistant dalam bilik tu duk pasang lagu jiwang Indo kat youtube. Punya la jiwang sampai ada certain lagu tu aku dengar assistant tu humming. Yang tak tahannya, doktor tu pun tak nak kalah, humming jugak, nasib baik masa tu dah nak siap semua semua. Aku, hmm, mampu karok dalam hati je la.
Kan asalnya agenda haritu nak buat rawatan akar, tapi tengah2 doktor duk drill tu, letak air (or whatever it is) blabla, tetiba aku dengar doktor tu cakap, "saya tak jadi buat rawatan akar". Aku yang dengar tu separuh happy separuh risau. Happy sebab selamat duit aku rm800, risau sebab kalau tak buat rawatan akar, then what are you gonna do with ma teeth???
Lepas tu doktor tu continue je la kerja dia. Pasang bebola besi kat gigi aku, sembur air (or whatever it is), letak benda2 kecik macam benda yang orang guna nak main gitar tu, pastu ada batang warna warni. Tu takpe lagi, tak sakit pun. Tapi ada satu masa tu, doktor tu titiskan samting kat gigi aku and I was like "aaaaaaaaaaaaaaaaa that was painful". Tapi dalam hati je la. Tapi serius, sakit gila. Nak cakap sakit pun tak mampu masa tu so redho je la. Lepas dia dah drill dan masukkan few things kat gigi tu, akhirnya dia pun wrap the procedure dengan proses tampalan. Kejap gila dia buat tampalan tu sampai aku macam "haa dah siap ke ni?" Tapi kan, aku bukan nak aibkan dia, tapi part ni kelakar. Masa doktor tu nak scoop out mende alah untuk tampal tu, mende tu jatuh atas tudung aku hahahaha sian dia. Aku syak dia penat and takleh fokus dah sebab proses semua2 tu sebenarnya dalam sejam lebih gak.
Lepas dah setel semua, aku pun bangun and doktor suruh panggil mak (hahahhahaha). Sian kaklong tetiba jadi mak aku haritu. Btw bagus jugak dia panggil sebab aku masa tu dah takleh function, apa yang dia cakap macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Doktor tu explain la apa yang dia buat tadi, which is pulpotomy. Siap demonstrate guna model gigi, rindunya zaman sekolah rendah (haha tetiba). Tapi aku sempat tangkap la dia cakap gigi aku yang rosak tu area pulpa je, tak sampai area akar. Sebab tu takyah buat rawatan akar tu (alhamdulillah). Pastu dia cakap, tampalan tadi tu sementara je, nanti kena datang lagi sebulan untuk tampalan kekal. Btw cuba teka harga proses tu haha. Rm200 :'))
Sekian, itulah saja pengalaman saya di klinik gigi. Pengajarannya, sila jaga leklok gigi, dapatkan pemeriksaan di klinik gigi 6 bulan sekali. Sekian.
Rawatan akal serius mahal. My dad pernah buat kat gigi geraham hok besar dia and rawatan or bedah untuk gigi bongsu dia. beribu juga kak oi. Tapi bagusnya gigi geraham tu dapat diselamatkan.
ReplyDeleteAnd saya juga pernah kes mcm awk ni dimana kene buat tampalan sementara and then kalau okay semua kene buat tampalan kekal. Tp ni tampalan untuk gigi geraham besar saya. Pada awalnya sebelum intern sy ada tampal gigi kt satu klinik ni kat Langkap, Perak jauh naa dari Cameron.. hihihi. Then, Dr tu perasan yg tampalan pd gigi geraham sy mcm dh x elok kot cam tu, and lubangnya agak dalam. Lama dh tampal gigi tu since sekolah rendah.
Alaa, gigi tu dah tampal, then kena bukak blk dh satu hal. Then, boleh pulak Dr tu kata dia akan letak ubat kat dlm gigi ni and buat tampalan sementara. Kalau sakit, maka kene lah buat rawatan akar. Saya mcm haduih lah.. harga tampalan sementara lain, nanti kekal pun lain. cari duit lebih ke apa ni.. heheh joke . Ala lg few weeks nk g intern dah. Dgn Langkap tu jauh nya.
Last-last, tangguh punya tangguh.. sbb x sakitkan, so x tangguh lah g klinik giginya..Dgn PKP semua.. Akhirnya, baru 2 minggu lps g buat tampalan kekal. Tu pun sbb tiba-tiba gigi tu sakit, mungkin tampalan dia dh menipis. Baru lah gi buat tampalannya. huhuhu
Tuntasnya, klinik gigi swasta ni memang mahal lah. Tp x nafikan layanan mantap and tak sakit sgt dia buat.
Mak aih sampai beribu ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
DeleteBtw yup setuju sangat part servis klinik swasta tu. Kalau setakat masalah yang tak serius sangat, boleh la nak prefer klinik gov. Tapi kalau dah sakit, memang no choice la huhu.
Pokok pangkalnya, kena jaga leklok gigi. Nampak remeh tapi kalau sakit, rawatan dia boleh makan beratus ratus ringgit :')))))