Skip to main content

June edition

Hai assalamualaikum. Hari ini aku sangat bersemangat ye nak update blog sebab aku ada sesuatu yang sangat seronok untuk aku kongsi. Tapi sebelum tu, aku nak cerita dulu tentang perkembangan terkini (ceh perkembangan terkini, kau ingat kau artis ke nak update perkembangan bagai hahaha)


Alhamdulillah, aku sekarang dah melepasi separuh daripada Semester 2 untuk degree aku. Ada lagi separuh sebelum sem 2 ini berakhir (tashabarrr). Memandangkan minggu lepas dah berderet testnya, jadi minggu ni alhamdulillah kita dapat cuti seminggu. Haritu sebelum cuti, aku ada tweet pasal cuti ni yang kononnya cuti ni takkan jadi cuti sebab sibuk nak revise balik lecture seminggu sebelum test. Namun, itu semua hanyalah sangkaan semata. Hakikatnya, minggu ni aku cuti secuti-cutinya. But guess what, Alma is right. Sebelum cuti haritu bukan main la plan nak buat macam-macam, tapi bila cuti betul-betul menjelma, semua plan tersebut lenyap and we all end up staring at the ceiling. Haritu ingat nak tengok movie/drama, tapi macam hmmm nak tengok apa masalahnyaaaa. Awal cuti haritu aku cuma tengok satu movie thai, pastu dah tak tau dah nak buat apa. Esoknya tu, baca buku Cecelia tapi macam aaaa takde mood. Pastu kembali scroll dramacool, maka terjumpa laa satu drama ni. Haa inilah benda yang aku nak sangat cerita tu ehehe



Dinner Mate (2020)
(credit picture to asianwiki)

So, di kala aku tengah scroll dramacool tu, jumpa lah drama ni. Macam biasa, aku cepat tertarik dengan poster dia hahaha. Plus, hero dia Song Seung Heon (SSH) kot so apa lagi kita usyar la kan drama ni pasal apa. Pastu tengok-tengok, heroin dia tu actress yang aku suka which is Seo Ji Hye. SJH ni selalu jadi second heroin but this time dia jadi main heroin oh yeahhh. So, without further ado, aku pun decide untuk tengok cerita ni.

Cerita ni 16 episod je, standard k-drama la. So, aku bagi sneak peak sikit la eh cerita ni pasal apa. So, heroin tu nama dia Dohee. Dohee ni dia ada boyfriend (bf dia Junghyun euw i hate that guy). One day, Dohee ni dia ikut boyfriend dia senyap2 pergi Jeju sebab ingatkan boyfriend dia tu nak ajak dia kahwin. Dohee ni excited gila la sepanjang perjalanan tu, plus disebabkan dia ni kerja dekat bahagian content creator, so Dohee ni suka buat video, ambik gambar semua. So, masa time flight nak pergi Jeju tu, dia duduk dekat business class and penumpang tepi dia tu SSH (nama dalam cerita ni Haegyeong).  Dohee punya level excited nak jumpa boyfriend dia tu sampaikan dia mintak tolong dengan pramugari untuk bagi congratulatory message kat dia sempena dia yang kononnya bakal berkahwin. Masa dia tengah record video tu, Haegyeong tu sumpah macam amende la perempuan ni. Pastu bila dah sampai, kebetulan eh, kebetulan, tempat yang kononnya boyfriend Dohee nak propose tu adalah restoran yang sama tempat Haegyeong ni makan dengan patient dia (Haegyeong ni psychiatrist). By the time bila Dohee ni sampai kat restoran tu, waiter kat situ macam tak bagi dia naik dekat tingkat 2 (sebab bf Dohee ni patutnya ada kat tingkat 2 tu). So, Dohee dah macam tak sedap hati dah. Tapi disebabkan Dohee ialah Dohee, dia pun rempuh je masuk and naik atas. And guess what, Dohee nampak bf dia  dengan perempuan lain (ce teka sape perempuan tu). Pastu apa lagi, mengamuk la Dohee. Time ni seronok sebab dia pukul bf dia aka Junghyun tu (adan uke). Tapi last2, lepas habis gaduh bertumbuk semua, maka diorang pun putus. Kau bayangkan eh, sepanjang diorang duk gaduh-gaduh tu, satu restoran tu dengar. Semua customer sanggup tinggalkan meja masing-masing and berkumpul dekat bawah tangga sebab nak dengar Dohee dengan bf dia gaduh hahaha. Bila dah habis gaduh semua, Dohee pun turun sambil nangis-nangis. Pastu, patient yang duk makan dengan Haegyeong tadi tu, dia ni macam lil bit depressed, so dia macam boleh relate la dengan Dohee. Dia pun tetiba mintak tolong dengan Haegyeong suruh ikut and offer some help dekat Dohee (kira macam bagi moral support la sebab biasanya orang lepas break up kan akan rasa down). Dohee lepas balik dari restoran tu, terus dia bawak kereta dia pecut sepecut-pecutnya pergi pantai. Nasib baik la Haegyeong sempat follow. Due to some circumstances, Haegyeong ni end up tercedera masa nak selamatkan Dohee. So, Dohee rasa macam terhutang budi la, maka lepas dah dapatakan rawatan apa semua, Dohee ni tolong hantar Haegyeong pergi airport sebab dia dah nak kena balik malam tu. Sebelum diorang nak babai to each other, dan dan pulak time tu perut Dohee berbunyi sebab lapar hahahahah. Last sekali, Haegyeong sanggup cancel flight dia and teman si Dohee ni pergi makan.

Skip


Skip


Skip


Bila dah balik Seoul, masing-masing pun continue la dengan hidup masing-masing. Sebelum Dohee dengan Haegyeong berpisah haritu kat Jeju, Dohee ada tanya, nak jumpa lagi tak bila dah balik nanti. Pastu Haegyong cakap, "suatu hari bila lagu Tae Jin Ah berjaya jadi nombor 1 dalam carta radio, jom kita jumpa dekat blabla, pukul 8 malam". Lagu Tae Jin Ah ni lagu trot tau, so kebarangkalian nak jadi juara tu sangatlah rendah, which means Haegyeong ni sebenarnya tak nak jumpa dah la dengan Dohee hahahaha dasar betul cara dia berkias. But guess what, kalau dah nama takdir, akan jumpa jugak kahkah

Ada malaun mana ntah pergi hack system radio pastu tetiba lagu Tae Jin Ah tu jadi juara carta. Pastu bila Dohee tahu pasal tu, terus dia macam "omaigod, biar betul". Dohee ni aware je macam Haegyeong tu nak mengelak, tapi dia saje la nak tengok kan Haegyeong ada ke tak dekat tempat tu, so dia pun pergilah sepertimana yang dijanjikan. Tengok-tengok memang ada hahahahaha nasib baik Haegyeong tu sejenis berpegang pada janji. So, since kejadian tu, diorang ni kerap la jumpa untuk makon-makon, or to be more specific, they always have dinner together. Dari situlah terjalinnya sebuah persahabatan. Macam mana persahabatan tu boleh berkembang ke peringkat seterusnya, yang tu tengoklah sendiri XD


So, kenapa aku suka drama ni?


1) Jalan cerita dia sangat relax, chill dan make sense. Dia ada la scene2 dia yang dramatik, tapi flow cerita tu nampak sangat natural. 

2) Don't judge a book by its cover. Siapa sangka, gelandangan yang selalu lepak dekat luar convenient store dekat rumah Dohee tu rupanya bukan calang-calang orang. Ni hang kena tengok tau.

3) Move on dalam relationship. Kalau perasan nanti, Dohee ni lepas dia break dengan pakwe dia, dia nampak macam sangat cool. Sedih tu ye lah sedih, lumrah la kan. Tapi dia mampu atasi dan kawal. Sebab apa? Sebab dia open up dan bercerita dekat Haegyeong. Lain pulak kisahnya dengan first love Dohee aka Jaehyuk. Jaehyuk ni sampai ke sudah duk kejar Dohee, padahal dulu dia yang mintak putus. Dasar betul. Ni ialah contoh yang tidak bagus eh. Tak reti-reti nak move on. Tapi tak boleh la nak salahkan dia 100%, sebab dia ada masalah lain yang membelenggu dia cewah membelenggu bhai

4) OST dia tiptopppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp

Dinner Mate OST 


5) Dohee dengan Haegyeong kan selalu makan-makan, so seronok la tengok makanan hahahaha. Plus aku suka kontra dua orang ni; Dohee lebih kepada suka makan streetfood yang dekat food truck or gerai biasa2, Haegyeong ni macam T20 sikit, suka makan dekat restoran mahal2. Dohee punya prinsip pasal makanan ni satu je, asalkan bersih and sedap, jalan. Bila dah suap tu dah takde dah nak komen apa-apa. Tapi si Haegyeong ni, sebelum makan ada adab dia. Kena potong dulu la, ambik bau la. Dohee macam "hello bila kita boleh makan niiii"

6) Cerita ni macam dia nak bagitau betapa pentingnya respect dalam sesuatu hubungan. Macam Dohee and Haegyeong, diorang ada their own ways of doing certain things, and masing-masing saling menghormati cara tersebut. 

7) Takde part yang cringe. Haa ni penting hahahah. Part yang romantik2 pun tak banyak sangat, so okay la.


Okay la korang, sampai di sini sajo. Jemput la tengok cerita ni. Rating aku kasi 4/5. Sekian. Doakan aku. Take care and stay safe semua. 

Comments

Popular posts from this blog

di balik tirai ( part 2 )

Nak cerita pasal kedudukan katil ibu aku,katil ibu aku ni duduk di antara dua katil. Means,ada tiga katil yang rapat ke dinding,dan katil ibu aku yang tengah-tengah. Ok. Depan deretan katil ibu aku pulak,ada lagi dua katil. Satu katil rapat ke dinding dekat dengan pintu bilik,satu lagi rapat ke tingkap. Patient yang duduk katil sebelah kiri ibu aku dah discaj,so maknanya katil tu aje yang kosong. Katil lain semua penuh. --Dalam bilik tu,semua patient ada penjaga kecuali mak cik yang duduk dekat tingkap. Hasil risikan aku,kalau tak salah,mak cik tu belum berkahwin. Pagi tadi waktu mak cik tu menunggu turn untuk pemeriksaan doktor,aku ada terdengar dia cakap rumah dia dekat Kuala Berang dan dia cakap kalau dia boleh discaj harini, dia nak balik naik bas. And I was like,mak cik ni biar betul,mak cik (?) Dengan keadaan mata dia yang kabur dan kurang jelas,macam mana la dia nak balik agaknya. Nasib baik lah keesokan harinya bila dia dah boleh discaj,ada ahli keluarga dia yang datang jempu...

Acne Here Acne There

Sem 2 dah nak start minggu depan. Aku tak ready lagi. Aku sedih nak tinggal mak aku sebab nanti dia sunyi. Sem 2 nanti dah start compounding gais so aku harap sangat jasa baik sesiapa yang baca post ni,tolonglah doakan aku agar aku mampu melakukannya dengan baik sebab aku kalau bab2 praktikal ni memang aku tak berapa suka. Minggu akhir cuti ni aku tak dapat nak harungi dengan hati yang riang sebab aku baru dapat pengesahan bahawa memang tak dapat disangkal lagi crush aku since 2014 dengan rasminya dah bertunang 2/3 hari lepas. Thanks to his younger bro for the confirmation. Agak patah hati jugak. Hm. Tapi hm. Lantaklah. Pagi tadi aku teman mak aku pergi appoinment kat hospital dan seperti biasa hospital adalah tempat yang paling aku tak suka buat masa sekarang. Why aku tak suka hospital ? Simple. Sebab kat hospital ada doktor. So bila aku tengok doktor-doktor ni, aku teringat dekat cita-cita aku. Aku dah redha dah dengan takdir aku tapi aku tetap manusia biasa yang lemah,yang ada hat...

Slap and Sleep

Harini rasa macam dapat satu pengajaran penting. Pengajaran yang berhasil membuka mata aku dan melihat dengan jelasnya. Kadang tu rasa macam lepas kena tampar pun ada. Tapi okaylah sebab 'rasa' je bukan betul-betul kena tampar. Kalau tak berbekas la tamparan tu dekat pipi I yang dipenuhi baby fat ni haha Presentation FYP sepatutnya berjalan minggu ni, tapi SV aku nampak gayanya macam sibuk, maka tarikh yang muktamad belum diputuskan lagi. Tapi aku sedar, minggu ni bukan minggu main-main. Kena mentally and physically prepare. Ni tugasan terakhir untuk diploma kot, kena la buat betul-betul. Pihak lagi satu tu, aku dah maklumkan dah jadi sekarang terserahlah pada dia. Penat tau kalau kita nak expect apa-apa, jadi kalau tak nak penat, jangan expect. Wow mudah bukan? Malam yang produktif ya malam ini. Lepas rasa macam kena tampar tadi, terus sambung ngadap buku sambil pasang lagu best best. Alhamdulillah, semoga anugerah masa yang Allah bagi ni kita manfaatkan dengan sebaiknya. ...