Hi assalamualaikum everyone. Selamat hari yang ke-23 untuk tahun 2021, tahniah kerana kita berjaya mengharungi 2020 yang begitu mencabar. Sebenarnya agak random ye untuk aku menulis pada waktu begini. Tapi disebabkan saya nak meraikan test ctu saya yang telah pun dijalankan pada petang tadi, maka saya dengan rasa penuh semangat yang berkobar-kobar ingin menulis rant untuk bulan ini. First, let's talk about the test that we had this evening haha
Okay, secara jujurnya preparation aku agak teruk. Aku ni takdelah minat sangat dengan falsafah jadi mungkin sebab tu kot aku rasa macam Ya Allah kenapa susah sangat mende ni nak melekat dalam kepala. Senang cerita memang jauh la aku dengan Amirah. Dia tu tanya je apa-apa, on the spot boleh jawab. Kalau aku macam hm ah hm what. Test petang tadi, alhamdulillah okay la, nak kata susah sangat tu tidak, tapi adalah beberapa soalan yang kita guna pistol. Harapnya mengena lah ye haha. Pastu ada satu part soalan subjektif tu aku macam blur tau mula-mula. Tapi alhamdulillah aku dapat idea nak selitkan sikit benda yang aku baca dalam Dunia Tanpa Tembok (haa nampak tak manfaatnya di situ) so macam wow nasib baik aku baca ye buku tu. Tapi yang selitnya tu sikit je, selebihnya kita guna goreng kahkah. Apapun, akhirnya habis jugak ctu ni yeayyyyyyyyyyyyy
Rant kedua saya ialah berkenaan sebuah drama yang sempat ditonton ketika saya sedang ulangkaji CTU tempoh hari hahahhaha. Aku jujur eh, takde niat langsung nak tengok k-drama or any drama mula2 tapi disebabkan aku dah bosan hari-hari dengan BTS, Westlife dan lagu-lagu lain yang aku selalu dengar time study, maka aku rasa macam why not kan kita tengok drama. Plus aku memang dah lama tak tengok drama-drama ni. So di kala aku sedang makan sarapan di depan tv, sambil-sambil tu aku scroll list k-drama dekat tv pastu terjumpa la satu drama ni.
Kenapa aku pilih drama ni? IDK. Niat aku mula-mula nak cari romcom, and dekat tv masatu memang banyak je romcom tapi aku rasa maybe yang ni tak cringe sangat maybe (?) dan plus aku nampak nama Dongjun dekat casts hehehe. Okay, pendek cerita, cerita ni aku tengok within a day. Tapi aku tak tengok the whole episode dari episod 1-16 la. Aku just tengok 1-7 or 8 macam tu, pastu aku terus skip tengok episod last sebab aku frust. Berikut ialah sebab mengapa saya tidak suka cerita ini:
1) I don't like the hero. Hero dia ni watak dia ecceli sama je macam tipikal bad boy dalam any kdrama. Cuma, kalau dalam kdrama lain maybe hero dia tu aku still boleh suka walaupun nakal kan. Tapi yang ni sampai ke sudah aku tak suka watak dia. Entah la, bagi aku dia macam annoying, slow, acah handsome eii nyampah hahaha emo aku.
2) Watak heroin dia yang susah nau nak move on. So heroin dia ni nama Wooyeon. Wooyeon ni suka dekat si hero (namanya Soo) tapi alangkah malangnya Wooyeon ni kena friendzone. Banyak kali pulak tu. Tapi dia ni memang tak serik la. Dah la Soo tu macam takde hati dan perasaan tau. Dia macam tak sedar yang dia dah lukakan hati Wooyeon ni. I mean, nak reject tu, boleh tak reject elok-elok pastu jangan act as if nothing happened? Kesian tau Wooyeon ni. Tapi itulah dia, kena reject banyak kali pun end up pilih Soo jugak walaupun terang lagi bersuluh dah ada orang yang lagi baik iaitu Junsu. Dah memang nasib second hero, nak buat macam mana kan. Kah
3)Plot dia terlalu cliche. Bak kata Mickey dalam movie Bedtime Stories, "where's the arc? I don't see the arc". I mean boleh tak enhance sikit watak Dongjun saya dalam tu. HE DESERVES TO SHINE SISSSSSSSSSSSS
Tapi, aku takde la macam tak suka langsung cerita ni. Still ada jugak la certain part yang bagi aku, nice and not bad sebab Wooyeon ni ada lagi 2 bestfriend (Jinjoo and Younghee). Wooyeon, Jinjoo and Younghee ni semua ada background dan cerita yang berbeza. Macam si Jinjoo ni, dia anak orang kaya and yang paling berjaya la antara 3 orang ni sebab dia kerja sebagai prosecutor. Tapi kesian dekat dia sebab seumur hidup dia, dia langsung tak pernah couple (unlike Younghee yang dah couple for 10 years and Wooyeon yang dah banyak kali tukar2 boyfriend). So, tiap kali diorang meet up, si Jinjoo ni macam jealous la lebih kurang (padahal ada je yang nak kat dia, tapi biasalah kadang bila orang tu dekat sangat, kita tak nampak ye dak hahahh). Pastu si Younghee ni pulak, dia ni kerja biasa-biasa je tapi family dia orang susah. Dia dibesarkan oleh single mom and dia ada sorang adik. Younghee ni ada boyfriend, nama apa ntah and bf dia ni baik gilaaaaaaaaaaaa. Cuma struggle seorang Younghee ialah, first, dia takut kahwin sebab dia rasa terbeban dengan sikap mak boyfriend dia yang macam meletakkan expectation tinggi bila Younghee dah kawin dengan anak dia. Contohnya, Younghee kena pandai masak la, kena ni la, kena tu la. Dan ketahuilah sesungguhnya yang namanya Younghee ni amatlah tidak suka dikongkong. Kedua, family Younghee ni macam ada inner crisis jugak la, salah satunya dari segi ekonomi. Boyfriend si Younghee ni tak pernah tahu pun pasal latar belakang Younghee walaupun diorang dah couple sejak sekolah and by the time bila boyfriend dia tahu and cuba nak tolong, maka berlakulah perselisihan faham di situ. Haa kat sini kita belajar pentingnya komunikasi antara pasangan hshshshshsh
Jadi, untuk rate drama ni, saya mampu bagi 3/5 je. Agak menyesal tengok drama ni tapi hmmm takpelah, dah tengok nak buat macam mana kan. Adakah saya akan recommend anda semua untuk tengok? Jawapannya, tidak. Sesungguhnya banyak je lagi cerita lain yang lagi best, so jangan tengok cerita ni okay haha.
Additional note: CAN KDRAMA DIRECTORS GIVE MY DONGJUN OPPA A LEADING ROLE IN KDRAMA PLS
Okay tu je. Doakan saya untuk upcoming compounding test and finals okay. Thank you kerana meluangkan masa anda untuk singgah di sini. Sekian, till we meet again.

Comments
Post a Comment