Skip to main content

Life Updates

 Assalamualaikum everybody. It is 1.09 am right now, and here I am, with my mood of writing haha XD So today tetiba la rasa macam nak kongsi tentang rutin hidup aku yang amatlah biasa-biasa namun pada masa yang sama amatlah berharga.

Sebagai permulaan, aku nak mengaku awal-awal. Ya, aku seorang yang tidur lepas subuh (what a bad trait. maka kepada kalian yang sedang membaca, janganlah ikut saya. Tidurlah awal dan bangunlah awal.). Salah satu benda yang memang diketahui umum, aku bukanlah seorang 'morning person'. Aku ingat lagi masa aku sem 1, kesian housemates aku setiap pagi Sabtu sebab nak kena kejutkan aku untuk pergi program hahaha. At the end, diorang tinggal je aku sebab yeah first, aku memang malas nak pergi program and kedua, aku memang mengantuk. Sebab waktu sem 1 tu kelas kebanyakannya pagi, jadi kononnya Sabtu Ahad je la peluang yang ada untuk qadha semuanya. Bila masuk sem 2, dah dapat aura kesedaran tentang pentingnya pergi program dan kumpul kupon untuk kolej, so rajin la sikit bangun pagi. Kembali ke keadaan semasa, aku biasanya akan celik mata pukul 10. Bangun tu check phone, check whatsapp, check twitter, golek golek 15 minit, lepas tu baru betul-betul bangun dari katil. What a successful sloth I am.

Lepas makan pagi, terus get ready untuk masak lunch. Saya selaku assistant je di dapur sebab entahlah semangat memasak aku amatlah pudar. Ada sesiapa letak clorox ke dekat semangat memasak aku? Aku hanya akan masak kalau mak aku tak larat, atau aku ada rasa nak makan anything specific hari tu. Selebihnya aku more kepada siapkan bahan-bahan. So kepada my future husband, mother-in-law, sorry in advance. Semoga semangat yang hilang ditemui semula untuk kebaikan sejagat. haha

Tengahari, aku akan excuse dari dapur untuk ambik anak saudara dari sekolah. Tetiba rasa tua sebab dah sampai tahap ambik budak dari sekolah kahkah. Mula-mula semangat okay, 30 minit sebelum dia balik aku dah bertolak dari rumah sebab dekat sekolah dia tu payoh benor le parkingnya. Tapi masuk hari ketiga, keempat, datang awal pun still susah nak dapat parking, last-last aku pergi lewat sikit. Okay la tu, anak saudara aku bukan keluar awal pun. So sementara tu, aku baca buku dulu, karaoke satu round dulu, termenung dulu. Btw my nephew ni kan, sejak dah makin remaja ni, makin pandai komen tentang fashion aku setiap kali aku pergi ambik dia. Ada satu hari tu aku pakai shawl pashmina pastu dia kata shawl tu macam sejadah and I was like excuse me this is pashmina okay?? Pashmina is one of the blessings for woman sebab takyah iron and corak dia unik. Pastu ada sekali tu aku pakai cardigan, dia kata aku pakai coat *facepalm* Entah belajar dari sape entah dia ni. Tapi kadang mana yang dia komen tu aku dengar la jugak tapi yang selebihnya, aku pura-pura nggak dengar atau aku akan berdebat dengan dia sepanjang hari. Yeah we quarrel everyday and that's normal (for us at least).

Waktu lapang aku kebanyakannya dihabiskan dengan twitter and youtube (because it's the comeback season for bts). Aku marathon their variety shows sebab nanti dah masuk belajar, takleh tengok dah tu semua (hm iyo la tu). Selain tu jugak, aku habiskan masa dengan membaca buku.


Ini hanyalah sebahagian sahaja. Kebanyakan buku yang aku baca adalah slow pace (slow pace di sini maksudnya bukan buku tu yang slow, tapi aku yang baca buku tu slow-slow sebab aku nak digest and fahami betul-betul). Cuma Dunia Tanpa Tembok je aku baca laju sebab bagi aku it's so interesting to read something yang di luar kebiasaan. Seronok belajar benda yang berkaitan dengan negara kita dan negara luar. Seriously otak aku rasa kembang lepas baca buku ni haha. Last time otak aku rasa kembang adalah masa aku jawab admission test untuk degree pharmacy. So maksudnya, buku ni bagus dalam menyambungkan sel-sel otak, maka silalah baca wahai anak-anak muda.

Aku biasanya tidur around pukul 1-2 pagi, yeah itulah waktu normal aku tidur. Tak tahulah kenapa tapi suka tidur lewat, rasa macam segar time time macam ni. Astaghfirullah aku melanggar hukum alam. Malam patutnya tidur, bukannya berjaga! Okaylah bye saya tidur dulu. Good night.


Comments

  1. OMG jangan goda saya untu baca dunia tanpa tembok tu eh. 4 orang dah menghasut ni

    ReplyDelete
  2. Oh I tak hasut, I recommend 😎

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

di balik tirai ( part 2 )

Nak cerita pasal kedudukan katil ibu aku,katil ibu aku ni duduk di antara dua katil. Means,ada tiga katil yang rapat ke dinding,dan katil ibu aku yang tengah-tengah. Ok. Depan deretan katil ibu aku pulak,ada lagi dua katil. Satu katil rapat ke dinding dekat dengan pintu bilik,satu lagi rapat ke tingkap. Patient yang duduk katil sebelah kiri ibu aku dah discaj,so maknanya katil tu aje yang kosong. Katil lain semua penuh. --Dalam bilik tu,semua patient ada penjaga kecuali mak cik yang duduk dekat tingkap. Hasil risikan aku,kalau tak salah,mak cik tu belum berkahwin. Pagi tadi waktu mak cik tu menunggu turn untuk pemeriksaan doktor,aku ada terdengar dia cakap rumah dia dekat Kuala Berang dan dia cakap kalau dia boleh discaj harini, dia nak balik naik bas. And I was like,mak cik ni biar betul,mak cik (?) Dengan keadaan mata dia yang kabur dan kurang jelas,macam mana la dia nak balik agaknya. Nasib baik lah keesokan harinya bila dia dah boleh discaj,ada ahli keluarga dia yang datang jempu...

Acne Here Acne There

Sem 2 dah nak start minggu depan. Aku tak ready lagi. Aku sedih nak tinggal mak aku sebab nanti dia sunyi. Sem 2 nanti dah start compounding gais so aku harap sangat jasa baik sesiapa yang baca post ni,tolonglah doakan aku agar aku mampu melakukannya dengan baik sebab aku kalau bab2 praktikal ni memang aku tak berapa suka. Minggu akhir cuti ni aku tak dapat nak harungi dengan hati yang riang sebab aku baru dapat pengesahan bahawa memang tak dapat disangkal lagi crush aku since 2014 dengan rasminya dah bertunang 2/3 hari lepas. Thanks to his younger bro for the confirmation. Agak patah hati jugak. Hm. Tapi hm. Lantaklah. Pagi tadi aku teman mak aku pergi appoinment kat hospital dan seperti biasa hospital adalah tempat yang paling aku tak suka buat masa sekarang. Why aku tak suka hospital ? Simple. Sebab kat hospital ada doktor. So bila aku tengok doktor-doktor ni, aku teringat dekat cita-cita aku. Aku dah redha dah dengan takdir aku tapi aku tetap manusia biasa yang lemah,yang ada hat...

Slap and Sleep

Harini rasa macam dapat satu pengajaran penting. Pengajaran yang berhasil membuka mata aku dan melihat dengan jelasnya. Kadang tu rasa macam lepas kena tampar pun ada. Tapi okaylah sebab 'rasa' je bukan betul-betul kena tampar. Kalau tak berbekas la tamparan tu dekat pipi I yang dipenuhi baby fat ni haha Presentation FYP sepatutnya berjalan minggu ni, tapi SV aku nampak gayanya macam sibuk, maka tarikh yang muktamad belum diputuskan lagi. Tapi aku sedar, minggu ni bukan minggu main-main. Kena mentally and physically prepare. Ni tugasan terakhir untuk diploma kot, kena la buat betul-betul. Pihak lagi satu tu, aku dah maklumkan dah jadi sekarang terserahlah pada dia. Penat tau kalau kita nak expect apa-apa, jadi kalau tak nak penat, jangan expect. Wow mudah bukan? Malam yang produktif ya malam ini. Lepas rasa macam kena tampar tadi, terus sambung ngadap buku sambil pasang lagu best best. Alhamdulillah, semoga anugerah masa yang Allah bagi ni kita manfaatkan dengan sebaiknya. ...