Menghitung detik yang berbaki membuatkan aku jadi gelisah dan tidak keruan. Lebih parah dengan keadaan pasangan yang tidak ambil endah dan buat kerja acuh tak acuh. Jujur, aku masih punya simpati untuknya namun hakikat adalah ini kerja bersama. Diri ini mula penat dengan semua. Aku jadi marah dan hilang arah sehinggakan orang yang tidak bersalah juga menjadi mangsa emosi aku. Dan dia? Begitulah. Meneruskan hidupnya seolah tidak ada apa-apa.
Adakah pada akhirnya jalan yang ada hanyalah dengan mengikhlaskan? Adakah berdosa jika aku terus marah begini, sakit hati begini? Sungguh, kali ini aku memang akan berdoa supaya Allah melindungi aku dari manusia sepertimu. Setidaknya tidak menjadi pasanganku dalam bekerja. Penat asyik mengalah. Penat memikul beban. Penat otak dan segalanya.
Tidak mengapalah. Itulah yang sentiasa aku sematkan di kepala. Aku tahu kebanyakan waktu aku berlagak seperti bos namun apa boleh buat? Itu saja pilihan yang ada. Nak harapkan kamu? Ketawa sajalah yang kamu tahu.
Sudahlah. Itu sahaja catatan untuk hari ini. Sedikit sebanyak ringanlah sedikit apa yang aku pikul di jiwaku ini. Jika kalian tidak keberatan, aku mohon doa kalian untuk final year project aku. Terima kasih kerana membaca dan semoga hari kalian indah dan diberkati selalu.

may allah ease everything bie ! kalau tahu alamat dia, kabolah. Boleh hanto hand grenade k gurau
ReplyDelete