Hai Assalamualaikum what's up everybody ? How was your day ?
I seriously have no idea what to write sebab kebelakangan ni aku hanya menghabiskan masa di rumah. Jadi dan maka, tiada interesting events untuk dikongsi. Cuma mungkin kita boleh buat throwback sikit la kot, alang-alang kita raikan tamatnya sem 6 woohoo
Selasa minggu lepas, alhamdulillah aku dan geng-geng aku telah selamat menjalani sesi presentation FYP kami dengan supervisor kami yang sangat dikasihi. Okay let's be frank. Ceritanya dulu macam ni, patutnya kitorang kena present dengan lecturer lain yang akan ditentukan secara random. Tapi memandangkan berlakunya pandemik di negara kita, pastu berkuatkuasanya PKP, maka segalanya pun berubah. Tup tup, diumumkan bahawa semua students akan present dengan SV masing-masing. Senyum kambing okay aku bila dapat tahu. Sebab SV aku ni diketahui umum, seorang yang agak cerewet dan perfectionist. So aku agak runsing la, macam mana la nanti nak present dengan beliau. Mesti banyak kena soal huhuhu. Tapi tu lah, orang kata tak baik buruk sangka. Pada waktu kejadian (hari present tu), group aku volunteer untuk jadi group pertama sebab aku dengan partner aku dah plan awal-awal, lagi cepat habis present, lagi cepat kita merdeka. And alhamdulillah, kami menerima feedback yang sangat baik dari SV kami fuh fuh fuh. Makanya, tamatlah sudah untuk diploma. Doa-doakan lah untuk kelancaran urusan untuk ke degree pula, insyaallah.
Btw pasal partner aku tu, aku dah decide untuk lupakan segalanya. Sebab bagi aku dia dah buat yang terbaik masa present haritu, so kiranya qadha la segalanya yang sebelum-sebelum ni. Apapun, segala puji bagi Allah.
Hmm tu je kot untuk kali ni. Next time kalau ada mood, aku tulis lagi. Babai.
yeayyy congratss ! Semoga perjalan menuju alam ijazah dipermudahkan. Good job * nangis kebanggaan *
ReplyDeleteAww gomawo 😁
ReplyDelete