Skip to main content

Motivasi

Hai assalamualaikum. Apa khabar wahai pembaca blogku sekalian? Saya doakan hari anda baik baik sahaja.

Saya terpanggil untuk menulis blog harini selepas saya baca blog alma. Haha. Ya itulah motivasi saya untuk menulis.

Mood saya amatlah tidak baik sejak semalam selepas saya dimaklumkan bahawa attachment saya dekat KK dibatalkan. Ini bermakna dua bulan yang sepatutnya di KK akan dihabiskan di hospital juga. Adakah ia sesuatu yang buruk untuk praktikal di hospital? Hm itu 50-50.

Aku tak bermaksud nak kata hari hari aku dekat hospital satu benda yang tak seronok atau menyakitkan atau menyedihkan. Biasa la ada hari best, ada hari tak best. Cuma I think I just need some time to get out from the environment. Diri aku nak kena reset balik and in order to do that, I need to get out from the place for a while. Maka aku sangatlah moody hujung minggu ni. Ditemani botol air masak 1.5L, buku Murakami dan playlist, disinilah aku sekarang.

Aku tak pandai nak bercerita. Kalau diikutkan hati, nak je aku luah semuanya disini tapi tak boleh. Aku tak tahu nak mula dari mana. Akhirnya, segala perkara yang kurang indah tu hanya mampu aku gambarkan melalui penulisan puisi. Only that way aku rasa lega sikit.

Oh cakap pasal puisi. The silly me terbagitahu dekat this one friend pasal blog puisi aku. Agak menyesal jugak la bagitahu dia. Tak semua orang faham puisi dan kebanyakan orang suka pandang serong dekat orang yang suka tulis puisi. Ya, itu adalah lapisan diri aku yang tak semua orang tahu.

Sekian.

Comments

  1. why i dont know about your puisi blog hurmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha you dont ask, i dont tell la kahkah

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

di balik tirai ( part 2 )

Nak cerita pasal kedudukan katil ibu aku,katil ibu aku ni duduk di antara dua katil. Means,ada tiga katil yang rapat ke dinding,dan katil ibu aku yang tengah-tengah. Ok. Depan deretan katil ibu aku pulak,ada lagi dua katil. Satu katil rapat ke dinding dekat dengan pintu bilik,satu lagi rapat ke tingkap. Patient yang duduk katil sebelah kiri ibu aku dah discaj,so maknanya katil tu aje yang kosong. Katil lain semua penuh. --Dalam bilik tu,semua patient ada penjaga kecuali mak cik yang duduk dekat tingkap. Hasil risikan aku,kalau tak salah,mak cik tu belum berkahwin. Pagi tadi waktu mak cik tu menunggu turn untuk pemeriksaan doktor,aku ada terdengar dia cakap rumah dia dekat Kuala Berang dan dia cakap kalau dia boleh discaj harini, dia nak balik naik bas. And I was like,mak cik ni biar betul,mak cik (?) Dengan keadaan mata dia yang kabur dan kurang jelas,macam mana la dia nak balik agaknya. Nasib baik lah keesokan harinya bila dia dah boleh discaj,ada ahli keluarga dia yang datang jempu...

Acne Here Acne There

Sem 2 dah nak start minggu depan. Aku tak ready lagi. Aku sedih nak tinggal mak aku sebab nanti dia sunyi. Sem 2 nanti dah start compounding gais so aku harap sangat jasa baik sesiapa yang baca post ni,tolonglah doakan aku agar aku mampu melakukannya dengan baik sebab aku kalau bab2 praktikal ni memang aku tak berapa suka. Minggu akhir cuti ni aku tak dapat nak harungi dengan hati yang riang sebab aku baru dapat pengesahan bahawa memang tak dapat disangkal lagi crush aku since 2014 dengan rasminya dah bertunang 2/3 hari lepas. Thanks to his younger bro for the confirmation. Agak patah hati jugak. Hm. Tapi hm. Lantaklah. Pagi tadi aku teman mak aku pergi appoinment kat hospital dan seperti biasa hospital adalah tempat yang paling aku tak suka buat masa sekarang. Why aku tak suka hospital ? Simple. Sebab kat hospital ada doktor. So bila aku tengok doktor-doktor ni, aku teringat dekat cita-cita aku. Aku dah redha dah dengan takdir aku tapi aku tetap manusia biasa yang lemah,yang ada hat...

Slap and Sleep

Harini rasa macam dapat satu pengajaran penting. Pengajaran yang berhasil membuka mata aku dan melihat dengan jelasnya. Kadang tu rasa macam lepas kena tampar pun ada. Tapi okaylah sebab 'rasa' je bukan betul-betul kena tampar. Kalau tak berbekas la tamparan tu dekat pipi I yang dipenuhi baby fat ni haha Presentation FYP sepatutnya berjalan minggu ni, tapi SV aku nampak gayanya macam sibuk, maka tarikh yang muktamad belum diputuskan lagi. Tapi aku sedar, minggu ni bukan minggu main-main. Kena mentally and physically prepare. Ni tugasan terakhir untuk diploma kot, kena la buat betul-betul. Pihak lagi satu tu, aku dah maklumkan dah jadi sekarang terserahlah pada dia. Penat tau kalau kita nak expect apa-apa, jadi kalau tak nak penat, jangan expect. Wow mudah bukan? Malam yang produktif ya malam ini. Lepas rasa macam kena tampar tadi, terus sambung ngadap buku sambil pasang lagu best best. Alhamdulillah, semoga anugerah masa yang Allah bagi ni kita manfaatkan dengan sebaiknya. ...