Skip to main content

Go away, loneliness

Up to this day, aku tak pernah rasa sesunyi ni dalam hidup aku. Aku tak pasti apa yang tak kena dengan aku, tapi itulah yang aku rasa sejak aku start intern. Bila balik rumah, sumpah rasa sunyi sangat. Kaklong ada life sendiri, kakyah sibuk dengan kerja, Basyir pulak sejak dia masuk hospital haritu dia macam tak nak kawan dah dengan aku. Seingat aku, aku takde buat apa pun kat dia (?) Lantak la, bukannya aku tak biasa kena ignore ye dak? Haha

Nak contact kawan uni pun, aku faham masing-masing penat. Pukul 9 masing-masing dah selamat ke alam mimpi. Nak contact kawan sekolah menengah, pun busy dengan study and stuffs. So aku takde orang untuk aku bercakap. Even though aku pun bukanlah seorang yang banyak bercakap, tapi aku nak jugak ada seseorang untuk dijadikan teman bercakap. Sedih tau duduk sorang-sorang. Aku balik kerja, rutin aku ialah baring atas katil pastu main fon sampai tertidur. Every single night. Ni lepas aku dah luah kat sini finally lega sikit beban kat hati aku ni haha alhamdulillah.

Okay itu je la coretan aku kali ni. Semoga aku mampu melawan kesepian ini, bak kata Dato' Siti Nurhaliza.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

di balik tirai ( part 2 )

Nak cerita pasal kedudukan katil ibu aku,katil ibu aku ni duduk di antara dua katil. Means,ada tiga katil yang rapat ke dinding,dan katil ibu aku yang tengah-tengah. Ok. Depan deretan katil ibu aku pulak,ada lagi dua katil. Satu katil rapat ke dinding dekat dengan pintu bilik,satu lagi rapat ke tingkap. Patient yang duduk katil sebelah kiri ibu aku dah discaj,so maknanya katil tu aje yang kosong. Katil lain semua penuh. --Dalam bilik tu,semua patient ada penjaga kecuali mak cik yang duduk dekat tingkap. Hasil risikan aku,kalau tak salah,mak cik tu belum berkahwin. Pagi tadi waktu mak cik tu menunggu turn untuk pemeriksaan doktor,aku ada terdengar dia cakap rumah dia dekat Kuala Berang dan dia cakap kalau dia boleh discaj harini, dia nak balik naik bas. And I was like,mak cik ni biar betul,mak cik (?) Dengan keadaan mata dia yang kabur dan kurang jelas,macam mana la dia nak balik agaknya. Nasib baik lah keesokan harinya bila dia dah boleh discaj,ada ahli keluarga dia yang datang jempu...

Acne Here Acne There

Sem 2 dah nak start minggu depan. Aku tak ready lagi. Aku sedih nak tinggal mak aku sebab nanti dia sunyi. Sem 2 nanti dah start compounding gais so aku harap sangat jasa baik sesiapa yang baca post ni,tolonglah doakan aku agar aku mampu melakukannya dengan baik sebab aku kalau bab2 praktikal ni memang aku tak berapa suka. Minggu akhir cuti ni aku tak dapat nak harungi dengan hati yang riang sebab aku baru dapat pengesahan bahawa memang tak dapat disangkal lagi crush aku since 2014 dengan rasminya dah bertunang 2/3 hari lepas. Thanks to his younger bro for the confirmation. Agak patah hati jugak. Hm. Tapi hm. Lantaklah. Pagi tadi aku teman mak aku pergi appoinment kat hospital dan seperti biasa hospital adalah tempat yang paling aku tak suka buat masa sekarang. Why aku tak suka hospital ? Simple. Sebab kat hospital ada doktor. So bila aku tengok doktor-doktor ni, aku teringat dekat cita-cita aku. Aku dah redha dah dengan takdir aku tapi aku tetap manusia biasa yang lemah,yang ada hat...

Slap and Sleep

Harini rasa macam dapat satu pengajaran penting. Pengajaran yang berhasil membuka mata aku dan melihat dengan jelasnya. Kadang tu rasa macam lepas kena tampar pun ada. Tapi okaylah sebab 'rasa' je bukan betul-betul kena tampar. Kalau tak berbekas la tamparan tu dekat pipi I yang dipenuhi baby fat ni haha Presentation FYP sepatutnya berjalan minggu ni, tapi SV aku nampak gayanya macam sibuk, maka tarikh yang muktamad belum diputuskan lagi. Tapi aku sedar, minggu ni bukan minggu main-main. Kena mentally and physically prepare. Ni tugasan terakhir untuk diploma kot, kena la buat betul-betul. Pihak lagi satu tu, aku dah maklumkan dah jadi sekarang terserahlah pada dia. Penat tau kalau kita nak expect apa-apa, jadi kalau tak nak penat, jangan expect. Wow mudah bukan? Malam yang produktif ya malam ini. Lepas rasa macam kena tampar tadi, terus sambung ngadap buku sambil pasang lagu best best. Alhamdulillah, semoga anugerah masa yang Allah bagi ni kita manfaatkan dengan sebaiknya. ...