1) Jangan cepat sentap. Budak-budak zaman sekarang ni kebanyakan cakap lepas je,tak pernah nak tapis dan tak pandai nak jaga perasaan orang lain.
2) Jangan mudah terkesan dengan sindiran manusia terhadap diri anda. We all know ourselves better,jadi tak payah nak pedulikan sindiran manusia.
3) Jangan sibuk cari kesalahan dan kelemahan orang lain. Manusia ni Allah ciptakan ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri dan kita takde hak nak rendahkan martabat seseorang hanya kerana kelemahan yang dia ada.
4) Hargai masa dengan sebaiknya. Waktu di universiti memang padat. Pandai-pandailah imbangkan duniawi dan ukhrawi. Sebagaimana jasad perlukan makanan untuk hidup,begitulah juga rohani yang memerlukan pengisian ilmu agama agar diri selamat di dunia dan di akhirat.
5) Jangan mudah benci pada orang walaupun orang tu pernah buat salah pada anda. Belajarlah jadi pemaaf. Tak rugi pun.
6) Tetapkan pendirian dan prinsip hidup.
7) Tetapkan matlamat yang jelas dalam pembelajaran. Bila matlamat jelas,automatik rasa tekad tu akan hadir sama. Tekad tu la yang menghasilkan usaha keras. Biasalah bersusah dahulu,insyaallah bersenang di kemudian.
8) Jadilah diri sendiri dan jangan tiru personaliti orang lain. Tak salah nak jadi orang yang lebih baik,tapi jangan tiru personaliti dan gaya seseorang tu bulat-bulat. Do it in your own way selagimana cara tu betul.
9) Yakin pada diri sendiri.
10) Malu kena bertempat. Muslimah memang dituntut untuk bersifat malu and even dalam hadis Nabi pun ada mencatatkan bahawa malu itu sebahagian daripada iman. Namun,tak semestinya kita kena malu pada semua tempat dan ketika. Ada masanya kita kena berani juga. Lagi lagi kalau time kena present. Tak usah malu-malu time tu,okay?

Comments
Post a Comment