Kenapa kita selalu tak buat benda yang kita tahu kita akan menyesal kalau tak buat sekarang ?
Bila aku baca balik entry pasal di balik tirai tu,sumpah aku menyesal tak cerita dan post dekat blog ni. Dah la aku ni jenis cepat lupa. Segala kenangan selama ( 4 hari kot ) memang salah satu benda yang paling manis dalam hidup aku. Minus lah part mak aku sakit :( Tapi setiap benda yang berlaku tu kan ada hikmah. Kerana peristiwa tu lah,aku jumpa dengan macam-macam jenis orang. Orang susah, orang komplen servis hospital slow, orang komplen hospital swasta lagi baik, orang yang jaga mak ayah dia dengan penuh kasih sayang dan macam-macam lagi.
Cakap pasal jaga mak ayah,apa khabarlah Abang Owl tu agaknya ? Aku tak pernah tau jumpa mana-mana lelaki yang jaga mak dia dengan sepenuh hati,penuh kasih sayang. Masih terngiang-ngiang lagi suara mak dia gelak waktu pagi tu. Entah apalah yang mereka bualkan tapi tawa yang berdekah tu cukup membawa erti betapa bahagianya hati ibu itu. Macam mana aku tahu dia anak mak ? Thanks to his older sister.
Okay macam ni cerita dia. Kebiasaannya,kalau siang,mak cik tu akan dijaga oleh dua orang anak lelaki dia. Seorang aku gelar "Abang Owl" (sebab mata dia bulat macam burung hantu tapi comel gak ar seposen kbai),dan lagi sorang emm..aku gelar dia ape ek...hmm..entah lah...aku tak sempat nak bagi dia nama gelaran masa tu..Kita panggil dia Ucu je lah,sebab dia anak bongsu. ok. Ucu ni kadang-kadang ambil shift malam and aku dan mak aku selalu gelak sebab dia dan mak dia selalu tidur satu katil. Kitorang bukan gelak sebab apa yang dia dan mak dia buat,tapi kitorang gelak sebab si Ucu ni badan dia macam chubby sikit,dan badan mak dia tu tak kurus so kitorang wonder sangat macam mana lah dua manusia ni boleh muat tidur satu katil (?) haha. Ok,kalau kita tengok kebiasaannya orang yang jaga pesakit ni,kalau time pesakit tu tidur or just chill-chill,biasanya penjaga akan ambil kesempatan waktu tu nak keluar,tak kisahlah nak gi makan ke,ambil angin ke,buang angin ke lol. Tapi dari observation aku terhadap Abang Owl ni,dia tak pernah tinggalkan mak dia,UNLESS kalau dia ada urusan yang betul-betul urgent (sebab dia pernah minta tolong aku tengok-tengokkan mak dia sebab dia terpaksa keluar kejap). Dia selalu picit-picit mak dia,berbual,dia layan mak dia macam princess. Serius aku cakap. Sampai lah satu hari tu,tiba-tiba bukan Abang Owl tu dah yang jaga mak dia. Rupanya kakak dia dah ambil alih. So,nak dijadikan cerita,hari shift kakak dia tu adalah malam terakhir aku dekat hospital. Kebetulan pula kakak dia tu extra peramah,dia ajak aku berbual. Maka macam-macam cerita keluar. Kakak tu cerita,mak dia ni memang seorang yang sangat kuat dan seorang yang optimistik. Sebelum operation,mata mak dia memang tak nampak langsung sebab selaput yang terlalu tebal. And mak dia ni dulu pernah buat rawatan mata cara tradisional and after years,tetiba berlaku komplikasi amenda ntah. Doktor pun cakap macam percentage nak melihat tu macam sangat rendah. Tapi dengan kuasa Allah Taala,selaput mata mak cik tu berjaya dibuang dan slowly mak cik tu start to gain her sight back. Even doctors pun terkejut dengan apa yang jadi. Kakak tu cakap,Abang Owl tu sangat mudah menangis bila benda buruk jadi dekat mak dia sebab dia lah yang jaga parents dia dekat rumah. Adik beradik lain ramai dah kawin dan duduk dengan keluarga sendiri. Ucu tu duduk rumah sewa sendiri. Kakak tu duduk dekat Kuantan dengan keluarga dia. So apa apa pasal mak ayah,memang kira tanggungjawab si Owl ni la. Ayah si Owl tu pulak,sakit asma. Kakak tu cakap sejak mak dia masuk wad,hari-hari ayah dia nangis sebab rindu dekat mak. Tua-tua pun sweet hewhew.
Kau bayangkan,kakak tu cakap nonstop for almost 2 hours,kakak tu duduk atas kerusi dan aku berdiri. Aku pun tak tahu kenapa aku berdiri padahal ada je kerusi masa tu. Dah lah kena berdiri hampir 2 jam,pastu aku berpeluh like crazy. Panas gila malam tu ! Sumpah aku rasa nak pitam lepas kakak tu habis cakap. Rasa nak muntah pun ada sebab panas campur pening.
Tu jelah kot sisa memori aku sepanjang dekat wad. Wallahua'lam.

Grammatic error detected, "elder sister"
ReplyDelete