Skip to main content

Posts

Declutter

  Assalamualaikum kepada semua orang yang sedang membaca blog ini. Walaupun saya tidak pasti kenapa anda memilih untuk membuka blog saya ketika ini, saya mengucapkan terima kasih kerana masih berminat untuk mengetahui perihal kehidupan saya yang serba normal dan kadang-kadang abnormal ini. Sedar tak sedar, saya dah pun berada hampir di penghujung terowong yang bernama sem 6. Berbaki lagi setahun sebelum saya akhirnya menamatkan pengajian dan bakal melangkah ke alam pekerjaan. Tidak dapat saya gambarkan betapa tak sabarnya saya untuk melalui fasa itu, namun saya tahu alam itu sebenarnya seram dan menakutkan kerana saya perlu memikul tanggungjawab yang baru. Tapi walau bagaimanapun, tak wajarlah jika saya asyik berfikir tentang masa depan yang belum tentu saya bakal melaluinya. Lebih elok andainya jika saya tumpukan pada waktu sekarang. Bukankah begitu? Sem 6 saya agak menarik sebenarnya untuk diceritakan. Bermula dengan kisah saya yang tidak lagi menetap di rumah sewa, kemudian kena...
Recent posts

Azam 2023

 Cukuplah azam 2023 aku ungkapkan begini: 1. Aku tak mahu lagi jatuh hati pada sesiapa atau menyimpan perasaan pada sesiapa. Bukan beerti aku berputus harap tapi biarlah. Cukuplah. Jika tersurat bahawa akan ada seseorang yang hadir, biarlah dia dahulu yang memulakan, bukan aku. 2. Mahu jadi lebih pemurah dan tidak berkira.  3. Ingin kembali menyemat ayat2 suci dalam hati. Mohon doakan. 4. Selesaikan FYP dengan penuh bergaya. Ini juga, mohon doakan.  Sekian, itu sahaja.

Separuh Masa Pertama

Hari ini ialah hari keputusan peperiksaan diumumkan. Alhamdulillah, secara keseluruhannya, keputusan aku bertambah baik berbanding sem lepas. Walaupun aku sedikit terkilan dengan beberapa subjek yang aku target aku boleh dapat A solid tapi tak dapat, namun apalah daya kan. Aku kena juga pujuk diri ni supaya redha, aku dah usaha habis baik, aku dah bagi segalanya, maka kalau itulah rezeki yang telah Tuhan tentukan untuk aku, aku kena terima. Agak perit, tapi aku cuba. Dalam menahan keperitan tadi tu, tetiba datang lagi ujian. Tengah-tengah borak tetiba kena sindir. Halus sindirannya tapi cukup mendalam. Aku dan egoku, langsung terdiam. Kelu. Tak ada kata yang boleh keluar dari mulut ini. Tak perlulah aku cerita secara terperinci tentang apa yang berlaku, namun apa yang boleh aku kongsikan, memang aku layak dan selayaknya menerima sindiran itu. Kerana memang apa yang dikatakan itu adalah sebuah hakikat dan nyata.  Kadang-kadang aku berasa pelik dengan kehidupan. Tak tahulah apa yang ...

new journey

To be honest, I am not supposed to be writing this post at the moment because tomorrow I have a tutorial and I'm still working on the questions (soalan ada 10 dan aku baru dekat soalan 2 kah). Tapi biarlah, hati ini sudah lama menanggung beban dan aku rasa sudah tiba masanya aku melepaskan sedikit beban tersebut. Minggu lepas merupakan minggu yang cukup dramatik untuk batch aku. Disebabkan oleh segelintir pihak yang kelam-kabut tak menyempat-nyempat mencari supervisor, tetiba satu batch jadi panik termasuk la aku. Plan aku untuk fyp lenyap macam tu je. Rasa nak nangis bila fikir balik tapi itulah, kita kena redha je la. Redha. Aku tak mintak banyak, cuma tolong la kirimkan doa untuk aku. Pertama, besar kemungkinan aku terpaksa berhadapan dengan sesuatu yang bukanlah passion utama aku, jadi mungkin aku akan tak begitu bermotivasi bila nak execute the process nanti. Kedua, aku terpaksa bekerja dengan seseorang yang lately ni amatlah menguji kesabaran aku. Aku tak tahu la apa kena den...

Immature

 Hari ini, seperti kebanyakan petang yang lainnya, kami berjalan menuju ke kafe sambil berbual kosong. Sehinggalah dia berbicara tentang sesuatu yang mengguris hati orang sebelah. "Diorang nampak macam matang gila kan?" "Haah betul. Macam tengah sambung master atau phd." "Tapi kalau kau, kat luar je nampak matang. Tapi kalau bab balik, kau memang out lah" "What do you mean by that?" Dan selanjutnya adalah bicara-bicara yang disusuli dengan usaha menahan air mata.  Aku tak sangka pula kalau kita balik rumah awal waktu cuti, tu dikira tak matang. Tapi aku tak terkejut pun. Aku dapat agak ramai je ada persepsi buruk kat aku. Sebab, disebabkan aku la secret santa tu kena buat awal. Kalau tak kerana aku dah blah lepas presentation jumaat ni, diorang plan nak buat event tu waktu study week. Tapi disebabkan study week tu aku dah balik, jadi diorang terpaksa awalkan. Begitulah. Jadi, aku tak matang lah ni? Haha okay.

Welcome, 2022

 Hai, assalamualaikum, hello. Long time no see kan dekat blog ni? Haha tetiba rasa awkward. Seperti biasa, marilah aku recap tentang hidup aku sejak dua menjak ni. Aku sebenarnya baru je habis cuti dua minggu (satu minggu cuti bencana banjir, lagi seminggu cuti krismas, dua minggu tu bunyi macam lama tapi hakikatnya kelip mata je eh tetiba cuti dah habis hurmmmmmm). Walaupun dua minggu tu rasa macam sekejap, tapi alhamdulillah, boleh kata cuti tu sangatlah well spent. Dapat buat banyak benda dengan family sepanjang dua minggu tu. -Made roti jala and kari ayam -Lepak dekat rumah kaklong sambil buat assignment :') -Got to eat prosperity burger setelah mengidam sekian lamanya -Went to abang Nabila punya wedding or dalam erti kata lain, got to eat nasi minyak ehehe -Esoknya tu jiran lain jemput makan nasi minyak lagi sebab anak sedara dia bertunang; masyaallah dua hari berturut-turut makan nasi minyak, heaven bethulll -Got to play badminton with nephew and neighbor (sempat main dua har...

Hectic

Jadi ceritanya last week (13/9), I went to see a dentist due to a very sharp pain in this one tooth on my left. After SPM, sumpah tak pernah jejak kaki dalam klinik gigi untuk check gigi sendiri. Tapi disebabkan malam tu gigi tu sakit gila sampai aku tak boleh tidur, so pagi esoknya tu terus ajak kaklong pergi klinik gigi. Cadangnya nak pergi klinik yang dekat rumah ni je, tapi appoinment penuh. Last2 kaklong call this one clinic, alhamdulillah ada kosong pukul 10.30. And masa tu dah nak dekat pukul 10. Dengan aku yang tak mandi, tak iron baju tudung apa semua, terus aku berlari naik atas and bersiap cepat2. Lepas dah siap, turun jamah breakfast sikit, pastu terus gerak pergi klinik. Bila masuk tu, pergh amazed gila sebab interior klinik tu mewah gila. Nampak la aura klinik mahal. Lepas register semua, tunggu kejap pastu terus kena panggil. Masa ni tak nervous sangat sebab dalam kepala otak aku macam "lantak la korang nak buat apa, janji sakit ni hilang". Bila dah duduk tu ba...