Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2022

Separuh Masa Pertama

Hari ini ialah hari keputusan peperiksaan diumumkan. Alhamdulillah, secara keseluruhannya, keputusan aku bertambah baik berbanding sem lepas. Walaupun aku sedikit terkilan dengan beberapa subjek yang aku target aku boleh dapat A solid tapi tak dapat, namun apalah daya kan. Aku kena juga pujuk diri ni supaya redha, aku dah usaha habis baik, aku dah bagi segalanya, maka kalau itulah rezeki yang telah Tuhan tentukan untuk aku, aku kena terima. Agak perit, tapi aku cuba. Dalam menahan keperitan tadi tu, tetiba datang lagi ujian. Tengah-tengah borak tetiba kena sindir. Halus sindirannya tapi cukup mendalam. Aku dan egoku, langsung terdiam. Kelu. Tak ada kata yang boleh keluar dari mulut ini. Tak perlulah aku cerita secara terperinci tentang apa yang berlaku, namun apa yang boleh aku kongsikan, memang aku layak dan selayaknya menerima sindiran itu. Kerana memang apa yang dikatakan itu adalah sebuah hakikat dan nyata.  Kadang-kadang aku berasa pelik dengan kehidupan. Tak tahulah apa yang ...