Hai assalamualaikum. Aku lately ni kan rasa macam nak uninstall instagram. Sebab entahlah. Everytime bila aku tengok story orang, aku rasa macam iri hati (?) Like, seronoknya diorang makan-makan. Banyaknya duit diorang sampai boleh keluar tiap hari. Cantiknya dia. Ramainya kawan dia. Those kinds of thoughts keep bothering my mind. Tapi on the other side of the story, betul la.. Tak semestinya orang tu nampak happy dekat socmed, dia memang betul-betul happy in real life. Mana ada hidup orang indah 24/7. Kita tak tahu behind their happiness, mungkin ada masalah yang diorang sembunyikan. Aku banyak ingatkan diri aku. Jangan dengki dengan nikmat orang dan bersyukurlah dengan apa yang ada. Mungkin langkah terbaik yang boleh aku ambil adalah dengan tidak menonton story orang. Nak uninstall sayang sebab instagram antara port aku fangirling bts kahkah Oklah itu saja yang aku nak luahkan. Terima kasih kerana membaca. Doakan saya dan kita semua agar sentiasa berada dalam rahmat-Nya.