Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

di balik tirai (last part)

Kenapa kita selalu tak buat benda yang kita tahu kita akan menyesal kalau tak buat sekarang ? Bila aku baca balik entry pasal di balik tirai tu,sumpah aku menyesal tak cerita dan post dekat blog ni. Dah la aku ni jenis cepat lupa. Segala kenangan selama ( 4 hari kot ) memang salah satu benda yang paling manis dalam hidup aku. Minus lah part mak aku sakit :( Tapi setiap benda yang berlaku tu kan ada hikmah. Kerana peristiwa tu lah,aku jumpa dengan macam-macam jenis orang. Orang susah, orang komplen servis hospital slow, orang komplen hospital swasta lagi baik, orang yang jaga mak ayah dia dengan penuh kasih sayang dan macam-macam lagi. Cakap pasal jaga mak ayah,apa khabarlah Abang Owl tu agaknya ? Aku tak pernah tau jumpa mana-mana lelaki yang jaga mak dia dengan sepenuh hati,penuh kasih sayang. Masih terngiang-ngiang lagi suara mak dia gelak waktu pagi tu. Entah apalah yang mereka bualkan tapi tawa yang berdekah tu cukup membawa erti betapa bahagianya hati ibu itu. Macam mana aku t...