Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

di balik tirai ( part 2 )

Nak cerita pasal kedudukan katil ibu aku,katil ibu aku ni duduk di antara dua katil. Means,ada tiga katil yang rapat ke dinding,dan katil ibu aku yang tengah-tengah. Ok. Depan deretan katil ibu aku pulak,ada lagi dua katil. Satu katil rapat ke dinding dekat dengan pintu bilik,satu lagi rapat ke tingkap. Patient yang duduk katil sebelah kiri ibu aku dah discaj,so maknanya katil tu aje yang kosong. Katil lain semua penuh. --Dalam bilik tu,semua patient ada penjaga kecuali mak cik yang duduk dekat tingkap. Hasil risikan aku,kalau tak salah,mak cik tu belum berkahwin. Pagi tadi waktu mak cik tu menunggu turn untuk pemeriksaan doktor,aku ada terdengar dia cakap rumah dia dekat Kuala Berang dan dia cakap kalau dia boleh discaj harini, dia nak balik naik bas. And I was like,mak cik ni biar betul,mak cik (?) Dengan keadaan mata dia yang kabur dan kurang jelas,macam mana la dia nak balik agaknya. Nasib baik lah keesokan harinya bila dia dah boleh discaj,ada ahli keluarga dia yang datang jempu...

di balik tirai ( part one )

Aku mengekori langkah ibuku,menuju ke wad oftalmologi.  Jalan menuju ke wad oftalmologi di hospital ini perlu melalui koridor hospital. Waktu tu pagi,cuaca pun tak la panas sangat. Bak kata SonaOne "Bayu pagi meniup lembut" tu still ada waktu macam ni. Pemandangan dari koridor memang cantik. Boleh nampak pantai dari sini dan yang paling jelas,wad ibu dan anak. Haha. Jalan jalan dan jalan,akhirnya sampai ke pintu masuk. Sebaik sahaja pintu tu terbuka,aku agak terkesima la juga sebab wad ni cantik. Tak macamwad lain yang ada dalam hospital ni. Dinding wad ni diserikan dengan warna ungu,dan pesakit-pesakit ditempatkan ke dalam bilik-bilik. Satu bilik boleh memuatkan seramai lima orang pesakit. And of course lah diasingkan mengikut jantina. Ada satu bilik tu khas untuk kanak-kanak sebab dinding dia ada mural zirafah dan mickey mouse. Mestilah untuk budak-budak kan,takkan la makcik umur separuh abad nak duduk kat situ. Jadi,bila dah masuk tu,aku cari kelibat jururawat yang bertuga...